Total Pageviews

penerangan tentang blog

Assalamualaikum buat pembaca. fika just nak terangkan konsep blog fika. dri blog lama fika lg. fika just share ape yg fika tau apa yang fika rasa.ini bukan hanya blog islami semata2. kalau rasa fika agak menjengkelkan.harap maaf. fika da terang dengan jelas. fika hanya akan kongsi apa yg fika tahu je jika berkaitan ilmu2. :-) sekian terima kasih

Sahabat

Assalamualaikum. just nak share pasal kaitan ngn tjuk ni.
sahabat? ada apa pada sahabat ea. bg fika. sahabatla yang sentiasa menemani kita tak kira pe pun.
bagi fika.even org tu fika bru kenal dua atau tiga bulan.walaupun jrg jumpa.tp dia tetap sahabat fika.siapa yg mmg rapat ngn fika. dia kenal la ngn fika yg kuat touching,kuat membebel,kuat ngarah,ego.
tapi apa2 pun fika syg ngn sahabat fika.bg yg rasa fika jrg ckp.xbermakna fika sombong.fika teringin nk ckp n peramah ngn semua org.tp fika mmg xmampu sbb fika mmg jenis xbyk ckp kecuali bg fika yg btul2 rapat.fika mmg jenis buat hal fika sendiri.tak berniat pn nk sombong.maaf sgt2. :-) sepanjang di IIC. trutama ngn dak DIC. fika seronok sangat kenal diorg yang sangat sangat hebat.kerdil sgt diri fika ni. ketawa bersama.buat kerja bersama.mmg seronok.memang fika bkn sahabat yg baik.tp fika cuba utk puaskan hati semua.kalau ada yg terkurang.maaf ea. fika ni hanya manusia biasa. apa2 pun fika syg semua yg kenal diri fika.moga ukhuwah kita semua berkekalan. xkisahla yg bukan DIC pun.fika kawan je ngn semua selagi org tu buat baik ngn fika n bkn yg tikam belakang.
k,la.moga Allah melindungi kalian semua.

Cinta itu Fitrah

"Siapalah aku menolak cinta yang hadir dijiwa tanpa dipaksa"
Assalamualaikum. Chewah tajuk tu. Mukadimah pulak dgn lagu inteam. Kali ni fika nak share ttg cinta.apa itu cinta?. Cinta itu adalah rasa sayang yang hadir dari dalam hati,jiwa dan sanubari.hehe
Cinta juga boleh dibahagi kpd Cinta pada Allah dan Rasul, Cinta pada keluarga dan sahabat, cinta pada dunia dan lain2. Fika just nk fokus pada cinta pada Allah dan Rasul n sesama manusia.
Rasa cinta itu fitrah.tapi memerlukan akal yang waras agar ia tidak menjurus kepada fitnah.
Semua org perlu cinta,mencintai dan dicintai. Tapi yang paling penting adalah cinta kpd Allah krn tanpa Allah , kita bknlah sesiapa pun.yeah we're nothing. Hanya Allah yang kita perlu bergantung.apabila kita ada rasa cinta kepada Allah. Kita akan menjadi tenang,selamat. Jika kita jauh drpd Allah.maka kita akan selalu menjadi resah,gelisah,cepat mrh dan lain2. Dengan cinta Allah kepada hambaNYA kita masih mampu diberi peluang utk hidup dgn tujuan bertaubat dan beribadat kpdNYA. Kita masih diberi nikmat rezeki yang melimpah ruah.dikelilingi orang yang menyayangi kita.banyak lagi benda yang kita tak sedar. Oleh itu cinta kpd Allah adalah kita PATUT letak ditempat teratas. Cinta pada Rasul krn baginda telah berusaha utk menyebarkan islam dengan pelbagai cara walau baginda menghadapi pelbagai ujian.jika baginda lemah spt kita.maka islam itu takkan tersebar.sebab itu Rasulullah itu sangat istimewa dan tempat baginda adalah disisi Allah.jika kita mencintai baginda. Maka kita juga mencintai Allah SWT. Baginda sangat mencintai sahabat dan umatnya. Baginda juga mengambil berat tentang umat akhir zaman iaitu kita. Jadi,terapkan kedalam diri rasa cinta kpd baginda.seringkan selawat dan amalkan sunnahnya.kita patut bersyukur kerana dilahirkan sbg islam
Tapi kan kalau kita tengok remaja sekarang yang salah faham maksud cinta. Tak semesti cinta kita mesti selalu berkepit. Tak semesti cinta kita perlu peluk2. Itu bukan cinta itu hanyalah nafsu. Kita tak perlu nak sedih jika tiada siapa yg berkenan dgn kita krn Allah melindungi diri kita. Bagi yang syok bercinta.awak mesti seronok sbb dia selalu belikan awak mcm2. Dia selalu panggil awak sayang or whatsoever.tapi tak perlulah awak nak bangga n tunjuk kat orang ramai macam awak seorang je da berpunya.awak pasti ke dia akan kekal dgn awak.mmg kena usaha.tp kalau takde usaha utk kearah yang halal.sia sialah cinta awak.yang awak akan dapat hanya luka.jangan terlalu obses dgn cinta yg tidak pasti.jaga hati awak.
Sesungguhnya yang halal itu lebih indah. Ingat tu. Tak salah nak bercinta.cinta pada mak ayah,keluarga dan sahabat.itu pun lebih baik kan
Jika ada jodoh. Tidak akan kemana. Moga kita semua akan dilindungi oleh Allah
Dan jangan pula Kerana bercinta kita pun leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Ahlan wasahlan marhaban Ya Ramadhan kareem.ada hadis yg mengatakan bahawa , apabila tiba bulan ramadhan maka ditutup pintu neraka maka dibukakan pintu syurga seluasnya. Alhamdulillah  kini kita kembali bertemu dalam bulan ramadhan moga Allah akan ampuni segala dosa kita. Kita patut bersyukur kerana kita masih lagi dihidupkan dan diberi peluang untuk bertaubat. Cuma kadang2 kita ni agak 'lupa diri' tak pernah nak fikir bila nak taubat. Tak sedar dosa tu banyak mana.tapi sibuk cari salah orang lain. Dummm (tampa diri sendiri)
Bila dah berubah ,teruskan. Bila dah teruskan,maka kekalkanlah :-)
Dalam ramadhan , apa yang kita cari sebenarnya. Okay nak solat byk2. Nak cari pahala banyak2. Adakah hanya kerana sekarang bulan Ramadhan? Kenapa tak solat banyak2 cari pahala banyak2 kerana Allah. Maksudnya tak perlu nak tunggu ramadhan je baru nak buat amal banyak2. Ni bila masuk ramadhan,kena jaga aurat,kata2.kenapa tak praktis dari sebelum ramadhan. Kalau ada yang baru mula tuk buat amal ibadah daripada awal ramadhan ni moga diteruskan sampai bila2. Allah akan terima ibadah kita.
Ohya dalam bulan ramadhan ni akan ada 10 malam terakhir.jangan pulak time tu daripada niat nak cari malam lailatul qadar jadi kepada malam lailatul kamdar.bukan berpusu ke masjid.tapi berpusu ke kedai pakaian tuk beli baju raya.sementra kita ada peluang. Jom cari pahala banyak2. Ramadhan adalah satu latihan dimana untuk melatih dri kita agar kita dapat meningkatkan martabat takwa kita.alang2 cik setan kena ikat.buat amalan banyak2. Apakah kita yakin kita akan jumpa ramadhan yg akan datang.  Kita ni banyak sangat dosa. Allahu. Jangan pernah sia2kan masa hidup kita. K,la. Sekian.

pandang rendah pada agama?

Assalamualaikum. im backk. hehe. fika nk share something yg terlintas dihati.
apa yang fika nak share spnjg ape yg fika perhatikan.okay.sepanjang dua sem yang fika keje tu.ade yang tak tau kan fika keje ape.okay la.fika keje sbg promoter parkson sg wang.brand cheetah kat bhgian sport. okay.. promoter kat situ ada yang panggil fika ustazah sbb diorg tahu jenis fika pakai tdung labuh.bla bla.hehe.fika xkisah pn.
spnjg fika keje kat situ.byk bende yg fika perhati n fikir. orang kat sana ada asas agama.tapi taknak.amalkan.okay.fika xcakap fika baik.tapi dari apa yang fika perhati.diorg ni ada yg hebat ckp tu ckp ni. ada jugak yg jenis menghukum org.tapi tak periksa balik diri sendiri.sibuk keluarkan hujah masing masing.tapi xpernah
nak buat.ada jugak yang meremehkan ustaz ustaz yang pi dok bg ceramah la apa la.kenapa perlu wujud mentaliti seperti ni.okay.kita dari kecil dah diajar ttg apa itu islam.apa itu rukun islam.dan iman.tapi langsung taknak amalkan.fika tak kata fika baik.dulu pun fika jahat.dulu pn fika leka dan lalai.tapi fika xsuka kalau ada yang pandang rndah pada org yg selalu mengingatkan org lain.tu dah tugas kita untuk memberi nasihat antara satu sama lain.kenapa perlu wujud isu jangan jaga tepi kain org.sdgkan org tu hnya memberi nasihat ttg pakaian,akhlak.dia xsntuh ttg keluarga dan sbgnya.kita dah tahu kita akan mati.cuba muhasabah diri kembali.okay.fika cakap mcm senang je kan.fika jugak penah tak istiqamah dlm perubahan.semua tu berbalik pada diri sendiri.fika pakai tudng labuh n niqab xbermakna fika hebat.awak awak.fika ni la paling xbyk ilmu berbanding sahabat2 fika.fika ni la yg jauh kebelakang.fika cemburu dgn sahabat yg sibuk dok hafal hadis , bukak kitab tu bukak kitab ni.sedangkan fika ni baru bukak sahih bukhari dah menguap.byk tau yg fika kne belajar.ilmu tu jangan dipandang rendah.sbb tu bila ada yg pndg rendah pada agama.mula lah keluar hujah masing2.tanpa usul periksa.ada yang sibuk dok sebar hadis palsu itu ini.sibuk kata itu hadis sahih.sedangkan ada yang dhaif.
fuhh.msti ade yg kata bila baca post ni.dah kata fika pndai sembang.maaf sgt2.fika pn msih lg mencari ilmu.fika pn msih lg keliru.fika xhebat pn.kalo bab2 cte korea.boleh la jawab sikit.bab running man tu boleh la.fika pn sma macam semua.tapi fika mmg xpernah diajar utk memandang rendah pada org yang sebar ilmu. walaupun fika bukanlah dari keluarga yang islamik.sakit hati tau bila fika dgr ada yang dok kutuk mcm2 psl agama.Allahul musta'an.jika kita jahil.jangan lah jadi terlalu jahil sampai tak reti beza hak dan batil.jgn la islam pada nama.jangan hanya tahu psl agama tapi taknak amalkan.jom.kita sama2 berubah.fika ni nak berubah dari jahat kpd yg baik.tajdid niat wahai sahabat yg fika sayang.fika taknak ada yang sahabat rasa macam mana yang fika perlu rasa.bila penyesalan tu tiba.Allahu Akbar.hanya fikir mati je perlu daripada terus buat dosa.fika tahu semua mampu untuk berubah.cuba kena paksa sikit diri tu.jangan nak manja sangat.dan jangan pernah memandang rendah pada yang berusaha untuk menyebar ajaran islam.kita ni dai'e.k,la.jaga diri semua.sayang semua

Pernikahan vs single

Assalamualaikum. selepas bbrapa hari xupdte.hehe.
tajuk tu rasanya kontroversi ke? fika rasa kontrol basi je.kikiki. opps.terlebih sudah.jap jap.fika bkn nk story psal fika ea.fika nk story psal senior senior yg da ada soulmate dunia akhirat ni.fika tgk semuanya sweet sweet je.ade cik zauj yg care.now ada yg dah ada beby.alahai.lg comel je fika rasa.ade sorg senior sekolah dlu yg bru nikah.sweet sgt.fika suka tgk dia sbb dia mcm kak heliza helmi je.comel bangat deh.. tp cian sbb akak tu still belajar kat kuim n en.suami ada di kl.cinta jarak jauh gak kan.xpela.janji msing2 syg.
fika? mungkin berpuluh tahun lg kot.hehe.tak mau fikir dlu.ilmu pun xcukup.sibuk dok pk psal nak nikah.masak pn xpro lg.prosak mskn adela kot.opps.kantoi dah.hehe.(insya Allah akan belajar.) fika mnat msk n buat kek tp xde pluang nk belajor.fika lebih suka praktis sendiri. tp tunggu abis blajor la ea. :-) tentula impian setiap  hawa nk jd isteri yg terbaik untuk si suami.tapi sebelum tu nak gak jadi anak yang terbaik utk mak ayah.selagi fika ade sikap degil lg.jgn harapla nk gatai2 pk psal nikah.haha.malang la sape yg dpt fika ni.hehe.
mantapkan ilmu dunia akhirat dlu. tu bru betul.
barakumullah kpd semua senior fika. moga cinta kalian hingga ke jannah. Allahumma Ameen. moga dpt beby yang comel comel. k,la.sampai sini je nak story.maaf atas kekurangan.

poyo vs gedik

Assalamualaikum.
wah2 , fika agk rajin untuk update blog ni.iyelakan.da ada application ni kat fon.leh la update hari hari.
just nk kongsi apa yang berkaitan ngn tajuk je. jenis fika kan.fika jenis yg boyish.mmg fika perempuan.tp fika ada sifat laki2 sikit.yela.masa kecik dok campur ngn laki kan.dulu kan fika pnah anti ngn laki.sjak skola pmpuan je da kurg sikit kecuali sifat poyo fika.hehe.fika akn jd poyo hnye dpn laki n pmpuan yg gedik. fika jd poyo mksdnye sbb fika xnk ada yg kacau fika.lgpn mse kuar jln2.mmg fika jnis melekat ngn earphone je.so kalo ade yg ngumpat blkg...i dont care.fika cuma kesian la sbb org yg ngumpat tu ckp sorg2 je n xdpt sakitkan hati fika.hehe.fika lg rela org pnggil fika poyo drpd pnggil fika gedik..eeuuww. xsuka nyah
.hehe.
ni jela prangai yg xleh dibuang.fika xkisah kalau ada yang tak suka. :-) nak buat cmne kan.fika xkacau orang.thats why fika taknak ada org yg kacau fika.so... the end